F A K E S M I L E


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW

Bersangka Baik Husnudzon
Assalammualaikum w.b.t
Bismillahirahmannirahim

Setelah habis MATRIK ni aku just stay dirumah,pernah terniat juga untuk mencari kerja yelah..elaun dah tak ada dah... cukuplah asyik mintak belanja dari PAMA ..so semua kerja aku nak try dri catering angkat benda berat-berat,then apply bookworm tapi tak hantar pun form tu sebab fikir banyak faktor yg menghalang aku kerja sana..then sekarang sedang menunggu jawapan dari pihak sekolah untuk menjadi guru ganti...buttttt
till now jawapan dari pihak sekolah tak dapat lagi..aku dah berusaha then just tawakal and redha if ada rezeki dalam bidang tu adalah nanti....
Sebelum, terfikir nak apply kerja ni ..aku pernah berhasrat dari MATRIK lagi ..bila aku balik rumah nanti aku berazam untuk membetulkan apa yang sepatutnya dibuat sejak dulu lagi..mungkin pada masa tu hati aku tak terbuka untuk buat semua ni....
dan juga berhasrat dengan masa lapang sepanjang cuti ni aku nak hafaz quran sebaik mungkin dekatkan diri dengan Allah dengan lebih lagi...serta menjadi contoh yang terbaik dalam keluarga aku sendiri..Allahu Akbar... aku telah mencipta satu cita-cita yang terlalu tinggi..kadangkala aku terfikir mampukah aku??
Tapi dengan keinginan yang sangat tinggi aku ingin meneruskan hasrat aku ni...

Mungkin ada hikmahnya kenapa pihak sekolah tidak memberikan jawapan tentang permohonan aku tu,mungkin Allah memberikan aku peluang untuk meneruskan hasrat yang telah lama aku cipta dulu..kita perlulah sentiasa bersangka baik dengan Allah s.w.t ...pasti ada sebab mengapa ini semua terjadi ..dan kita sebagai manusia perlu berfikiran positif..jangan hanya menyalahkan takdir...
Bukan aku nak menunujuk yang aku inilah seorang yang bagus...tapi dikala aku menanti hal yang tidak pasti aku perlu untuk muhasabah diri,memujuk hati yang gundah gulana ni...

Aku tahu Allah pasti mahu yang terbaik buat hambaNYA
Andai aku berpeluang mengirimkan segala nota-nota cintaku kepadaMU Ya Rabb
Rinduku hanya kepadaMU
Kesetianku hanay kutitipkan kepadaMU Ya Allah

syukran
sekian sahaja ,
perkongsian aku hari ini
InsyaAllah berjumpa lagi
#UkhuwahFriend

0 comment[s] | back to top