F A K E S M I L E


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW

A good communication
"tak boleh ke nak berpakain elok sikit eh tutuplah aurat sikit kau ni kan memang tak bau syurgalah nanti"

"eh suka hati aku lah nak pakai macam mana pun kubur lain-lain kan so, apa da hal??"

"memanglah kubur lain-lain tapi sakit mata aku memandang erghh kau ni aku nasihat jerr sikit-sikit sentap"

Assalammualaikum w.b.t'
Bismillah....
 Kaifah haluqi/qa sobat-sobat ku yang dihormati
kat atas tu just dialog yang acapkali aku dengar ...secara realiti,alam maya mahupun dari media massa ..dimana terdapat satu pihak yang niatnya baik untuk menegur atau menasihati tapi probability caranya itu salah mungkin dengan kekerasan ,bahasnya kurang molek...hmmm manusia pelabagai ragam begitu juga aku

dan terdapat juga satu pihak yang tak boleh nak menerima segala teguran kerana diri ini mungkin sudah jauh terpesong dengan mainan dunia sehingga ia menguasai hati kita yang secara lahiriahnya suci bersih tanpa ada setitik pun bintik hitam...tetapi akibat tersalah langkah ianya mengatasi serta merosakkan hati kita..at the end of that susah nak menerima segala kebaikak..then mudah tersentap

actually dua-dua situation perlu ada solusinya... kena fikir kaedah yang terbaik dari semasa ke semasa bila api bertemu dengan api confirm2 lagi marak api tu right? so in this  case pilihlah role kita saat individu yang berada di sekeliling kita itu adalah api why not if we choose to be a "wind" dingin cool je everytime
and automatically kita dapat memupuk diri menjadi sabar

begitu juga jalan dakwah even niat kita memang baik contohnya nak sangat melihat sahabat kita menjaga aurat dia..tapi at the same time cara kita tu macam memaksa dan ditambah lagi dengan herdikan yang MasyaAllah sangat mengerunkan siap buat hukum yang menyatakan dia "penghuni neraka" apalah MasyaALLAH siapalah kita nak menghukum manusia untuk menentukan dimana tempat tinggal dia di "hereafter" nanti... kita hanya berfungsi sebagai medium nak menyampaikan dakwah dari orang sampai ke orang lain sebab itulah Rasul dipilih dalam kalangan manusia agar mudah untuk berkomunikasi mudah memahami antara satu sama lain :) maka berlembutlah kita sewaktu berbicara dengan mereka menceritakan keindahan sekiaranya dia menututp aurat. InsyaAllah dia juga akan makin lama makin tertarik dengan tujuan asal kita itu "menutup aurat"

Komunikasi yang terbaik amat dialu-alukan sewaktu berdakwah atau berbicara dengan seseorang . InsyaAllah being the best for ummah ye sobat2 :)

0 comment[s] | back to top