curahan :)
Assalamualaikum wbt memang kekadang kita cuba pasrah menanti hal yang masih menjadi rahsia Allah s.w.t mempunyai rahsia yang besar untuk perjalanan hidup kita tak kiralah perjalanan yang tenang mahupun berliku tetapi ia masih tidak diketahui oleh minda manusia iaitu hambaNYA sesungguhnya aku redha dengan kesemuanya tapi kesedihan tu tetap aku rasai memang sedihlah apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan tapi inilah rahsia Allah sebenarnya DIA memberikan kita rasa sedih ini sekarang tapi insyaallah kebahagian akan datang jua tetapi apabila kita bersedih janganlah kita bersedih hanya semata-mata tak dapat ape yang kita inginkan secara berlebihan itu sama saje kita tak redha dengan ujian Allah s.w.t tapi bersedihlah kerana kia tidak dapat menjadi hamba yang boleh mengawal iman kita sendiri masyaAllah siapa aku nak cerita mengenai ini semua? aku adalah seseorang hamba yang pernah lalai dalam perjalanan yg sudah tersedia lurus untuk aku dan yang berusaha untuk menjadi yang terbaik di mata Allah s.w.t malu,rendah diri semua ada tatkala aku memohon sesuatu kepadaNYA layakkah aku?? itulah rahsia Allah s.w.t yang begitu indah sekali... begitu jugalah dengan sakit tak perlu mengeluh dengan sakit yg kita hadapi tapi bersyukurlah dengan nikmat yang diberi ini bersyukur itu penting tetapi terkadang aku rebah juga dengan semua ni dan cepat2 aku bangun sedarkan diri bahawa aku ini milikNYA 0 comment[s] | back to top |